CopyWriting

Ayah memang dah sebutkan hasrat untuk wasiatkan rumah ini pada saya.

Ayah dah maklumkan kepada semua adik beradiknya. Pak Long, Mak Ngah dan Ayah Cu.

Ayah pun dah maklumkan pada saya tentang hal ini. Lega rasanya bila semua dah diberitahu hasrat ayah mewariskan rumah agamnya ini. Rumah yang mempunyai memori – memori bahagia bersama arwah ibu.

Setelah pemergian ayah sebulan yang lalu. Segalanya menjadi bagai mimpi ngeri. Bermulanya satu persatu plot yang menguris emosi.

Sebak didada, hasrat ayah tak dapat dilaksana. KENAPA INI YANG TERJADI?

LAYARI www.miim.com.my

Ramai isteri menyerahkan kebijaksanaan merancang pewarisan kepada suami sebagai ketua keluarga.

Ramai juga isteri yang berbincang tentang pewarisan bersama suami, tetapi keputusan dibiarkan kepada suami untuk menyediakan perancangan pewarisan.

Bekerjaya atau suri rumah tangga SEMUANYA bermula dari LISAN isteri yang menyerahkan keputusan dan tanggungjawab kepada suami.

Takut tidak taat, risau berlaku derhaka. Inilah stigma dan senario didalam masyarakat Malaysia sebagai seorang yang bergelar isteri bila bicara berkaitan pewarisan.

saya serahkan kepada suami sebagai ketua keluarga, menjadi tanggungjawab suami untuk merancang pewarisan
saya telah berbincang dengan suami isu pewarisan ini, keputusannya biarlah suami yang buat sebagai pemimpin keluarga
bagai mengundang malaikat maut untuk suami jika dibicara tentang pewarisan, suami saya pasti angkat kaki

Adakah ia satu situasi yang memberikan jaminan pewarisan yang tepat dan terlaksana?

Layari www.miim.com.my

Masa kini, pelbagai usaha dibuat untuk menjana ekonomi ummah. Pelbagai 'investment' yg antaranya dalam bentuk wang ringgit, emas dan saham dilakukan. Sesetengah pihak pula memandang bidang hartanah sebagai pilihan yang sangat bijak kerana nilai hartanah pastinya akan terus meningkat dari tahun ke tahun.

Kesibukan memiliki hartanah, ramai usahawan hartanah terlepas pandang isu perwarisan hartanah tersebut. Tahun 2013 mencatatkan sebanyak RM66.6 bilion harta pusaka terbeku dimana lebih 90% adalah aset tidak alih yg antaranya adalah hartanah. Kenapa ianya berlaku?

Tahukah anda? Semakin banyak hartanah yang anda miliki, maka semakin tinggi kos yang waris anda perlu keluarkan untuk menguruskannya. Siapa dikalangan waris yg sudi untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan tersebut?

Tahukah anda? Setiap hartanah yang anda miliki akan dipecahkan kepada beberapa bahagian melihat kepada berapa bilangan waris yang berhak ke atas segala harta pusaka anda mengikut hukum faraidh. Siapakah waris tersebut?

Tahukah anda? Jika sebahagian hartanah tersebut anda miliki melalui kaedah "joint name". Terdapat 2 penama atau lebih, maka sebahagian daripada hartanah tersebut akan menjadi harta pusaka apabila pemiliknya meninggal dunia. Sebahagian itulah yang akan dikongsi kesemua waris.

Tahukah anda? Jika ada hartanah yang anda beli secara pinjaman tidak dilindungi oleh Sistem Takaful, maka bebanan tanggungan untuk menjelaskan hutang baki akan dibebankan ke atas waris yang anda tinggalkan. Jika waris tidak mampu menjelaskan hutang tersebut, hartanah akan dilelong.

Tahukah anda? Jika anda termasuk di kalangan situasi berikut, anda perlu segera bertindak memastikan siapa yang perlu mewariskan hartanah yang anda miliki pada hari ini. Jika tiada kesepakatan antara waris, pasti akan timbul masalah dikemudian hari.

Mereka itu ialah :
■ Tiada anak lelaki (Pusaka dikongsi adik beradik jika ayah tiada)
■ Tidak mempunyai anak
■ Memiliki anak angkat (Tidak mewarisi harta pusaka)
■ Berpoligami (Pecahan pusaka ke atas setiap isteri & anak2)
■ Memiliki Anak istimewa/OKU/Sakit (Perlu Pemegang amanah)
■ Memiliki anak bawah umur 18 tahun

Layari www.miim.com.my

Harta Pusaka Berwasiat (Testate)

- Wasiat adalah pengakuan seseorang yang dibuat pada masa hayatnya ke atas hartanya atau manfaat untuk digunakan bagi tujuan kebajikan atau apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Undang-undang Islam, selepas kematiannya. Ini bermakna keputusan memberi pemilikan harta atau manfaat selepas kematian pemberi wasiat. Bagaimanapun wasiat dalam Islam tertakluk kepada satu pertiga daripada hartanya sahaja.6 Bagi orang bukan Islam, wasiat tertakluk kepada Akta Wasiat, 1959.

Harta Pusaka Tidak Berwasiat (Intestate Estate)

- Simati meninggal dunia tanpa membuat wasiat atau tanpa sempat membuat wasiat.

Rujukan:
6 Bagi orang Islam, beberapa negeri telah membuat Enakmen berkaitan wasiat. Bagaimanapun terdapat beberapa isu berkaitan wasiat. Contohnya Selangor menggubal Enakmen Wasiat Orang Islam (Selangor) 1999 memperuntukkan “Wasiat Wajibah" (sek. 27, Wasiat kepada waris dan wasiat kepada bukan waris (sek. 26).

Layari www.miim.com.my

Jika anda masih mempunyai anak di bawah umur 18 tahun. Perkara yang perlu anda sedia maklum apa akan berlaku sekiranya anda atau pasangan anda meninggal dunia, antaranya;
■ Anak di bawah umur tidak boleh "menerima" harta pusaka selagi umurnya tidak mencapai 18 tahun. Pemegang Amanah sementara perlu dilantik sebagai menggantikan anak tersebut.
■ Bagaimana anda atau pasangan anda akan menguruskan proses tuntutan harta pusaka anda? Tahukah mereka bagaimana prosedurnya? Di mana hendak dimulakan?
■ Jika anda tiada anak lelaki, boleh menggunakan instrumen hibah untuk memberikan harta kepada dia. Perlu dibuat ketika hidup dan dia dapat harta tersebut setelah anda meninggal dunia. Perlu melantikan Pemegang Amanah sementara memegang aset tersebut.
■ Jika anda mengambil anak angkat, boleh juga menggunakan instrumen hibah sebagaimana di atas. Wasiat boleh juga digunakan, namun hanya tertakhluk kepada nilai tidak melebihi 1/3 bahagian. Jika pemberian melebihi 1/3 bahagian, lebihan ini perlu mendapat persetujuan di kalangan waris.

Layari www.miim.com.my

Jawapan :
Hak waris bermula apabila kematian seseorang itu telah dipastikan dan setelah dilaksanakan semua hal-hal yang bersangkutan dengan harta itu, yakni:
i. Perbelanjaan mengurus jenazah secara berpatutan.
ii. Membayar hutang-hutang si mati, sama ada hutang dengan manusia atau hutang dengan Allah termasuk zakat dan fidyah.
iii. Wasiat yang tidak melebihi 1/3 dan bukan untuk waris.

Layari www.miim.com.my

Urus pusaka remeh?
Rumit NAK uruskan pusaka?
NAK miim bantu?
Pihak miim menawarkan khidmat Urus pusaka kepada yang memerlukan.

Layari www.miim.com.my

Sekadar sedikit perkongsian. Pada hari ini, kebanyakan masyarakat apabila dipersoalkan berkenaan Pengurusan Harta Pusaka, mereka akan menganggap tugas ini akan ditanggung oleh waris & hanya akan berlaku apabila seseorang itu telah meninggal dunia.

Kesilapan akibat tidak bertindak awal sama ada Tidak Melantik Wasi, Tidak Belajar Ilmu Faraidh, Tidak Tahu Proses Tuntutan Harta Pusaka dan sebagainya menyebabkan proses pengurusan tidak dapat diselesaikan dengan mudah. Penyebab utama yang menjadikan ianya akan tergendala adalah kerana:
a) Tidak tahu proses apa yang perlu & tidak perlu.
b) Tiada persepakatan untuk menguruskan harta simati.
c) Tiada masa untuk menyelesaikannya.
d) KOS pengurusan yang tinggi
- Buat carian harta simati
- Kos buka fail
- Pengesahan sijil (Wasiat, Hibah dsb)
- Perlantikan peguam (tahun 2011, kos meningkat 400%)
- Perlantikan pentadbir
- Kos lain-lain
e) Waris masih dibawah umur (umur 18 tahun ke bawah)

Disebabkan isu-isu inilah, nilai harta umat islam yg terbeku meningkat secara mendadak. Harta simati tidak dapat dimanfaatkan sebaiknya. Waris-waris bertelagah merebut harta tanpa mengetahui hak mereka yg sebenar.

Jalan keluar bagi mengatasi masalah ini, adalah dengan melantik WASI yang akan bertindak menguruskan harta anda apabila anda telah meninggal dunia.

Kenapa perlu bersama kami?
■ Kos yang jauh lebih murah jika dibandingkan dengan kos sebenar yang dibayar oleh WARIS anda.
■ Semua proses pengurusan dilakukan secara sempurna
■ Harta anda dimanfaatkan sepenuhnya kepada waris
■ Bantuan kepada waris
■ Kos pengurusan rendah
■ dan banyak lagi...

Harta anda, maka TANGGUNGJAWAB ANDA yang sewajarnya mengeluarkan sedikit belanja untuk ianya diuruskan selepas anda meninggal dunia.

Harta anda, manfaatkan ianya untuk kegunaan waris yang BERHAK dan dapat mengelakkan daripada waris termakan HARTA BATIL dan HARTA ANAK YATIM

Harta anda, apabila ianya menjadi Harta Pusaka maka ianya adalah HAK MILIK waris anda & bukan digunakan untuk membayar KOS PENGURUSAN yang mahal.

Harta anda, PASTIKAN ianya DIURUSKAN dengan sempurna kerana anda akan ditanya berkenaan HARTA di 'sana' nanti. Pastikan ianya Patuh Syariah.

Dapatkan info & perkongsian di Layari www.miim.com.my

Suami beli rumah, kemudian letak nama isteri.

"Ingin menjaga hati isteri, bukti kasih dan sayang, memastikan hak isteri apabila suami meninggal dunia"

Tahukah anda?
Jika penama meninggal dunia, loan rumah masih tetap perlu terus dibayar. Penama rumah masih kekal milik arwah isteri. Untuk membuat pemindahan milik? Ianya perlu mendapat persetujuan semua waris si mati? Bagaimana situasinya jika penama lebih daripada seorang tetapi pinjaman dibayar oleh seorang penama?

Tahukah anda?
Jika salah seorang penama meninggal dunia, sebahagian hutang pinjaman perumahan akan dilangsaikan secara automatik jika rumah tersebut mempunyai skim takaful. Pembayaran untuk sebahagian lagi perlu diteruskan macam biasa.

Tahukah anda?
Purata masyarakat Islam 'terbuka hati' untuk menguruskan harta pusaka terutamanya harta tidak alih seperti rumah adalah selepas 3 hingga 4 tahun. Apakah prosedurnya? Berapa kos tanggungannya? Statistik pada tahun 2013 mencatatkan sebanyak RM66.6 bilion harta pusaka terbeku dimana lebih 90% adalah aset tidak alih yg antaranya adalah hartanah.

Tahukah anda?
Semakin banyak rumah/hartanah yang anda miliki, maka semakin tinggi kos yang waris anda perlu keluarkan untuk menguruskannya. Siapa dikalangan waris yg sudi untuk mengeluarkan sejumlah wang untuk tujuan tersebut?

Tahukah anda?
Setiap hartanah yang anda miliki akan dipecahkan kepada beberapa bahagian melihat kepada berapa bilangan waris yang berhak ke atas segala harta pusaka anda mengikut hukum faraidh. Siapakah waris tersebut? Berapa pecahan yang akan dimiliki oleh setiap waris?

Tahukah anda?
Jika sebahagian hartanah tersebut anda miliki melalui kaedah "Joint Name". Terdapat 2 penama atau lebih, maka sebahagian daripada hartanah tersebut akan menjadi harta pusaka apabila pemiliknya meninggal dunia. Sebahagian itulah yang akan dikongsi kesemua waris.

Tahukah anda?
Jika ada hartanah yang anda beli secara pinjaman tidak dilindungi oleh Sistem Takaful, maka bebanan tanggungan untuk menjelaskan hutang baki akan dibebankan ke atas waris yang anda tinggalkan. Jika waris tidak mampu menjelaskan hutang tersebut, hartanah akan dilelong.

Tahukah anda?
Apabila anda lambat menguruskan proses pindah milik, jika si mati mempunyai ibu dan ayah dan salah seorang di antara mereka meninggal dunia sebelum sempat pindah milik dilakukan. Adik beradik kepada si mati akan berkongsi bahagian ke atas harta si mati.

Tahukah anda?
Jika anda termasuk di kalangan situasi berikut, anda perlu segera bertindak memastikan siapa yang perlu mewariskan hartanah yang anda miliki pada hari ini. Jika tiada kesepakatan antara waris, pasti akan timbul masalah dikemudian hari. Mereka itu ialah:
■ Tiada anak lelaki (Pusaka dikongsi adik beradik jika ayah tiada)
■ Tidak mempunyai anak
■ Memiliki anak angkat (Tidak mewarisi harta pusaka)
■ Berpoligami (Pecahan pusaka ke atas setiap isteri & anak2)
■ Memiliki Anak istimewa/OKU/Sakit (Perlu Pemegang amanah)
■ Memiliki anak bawah umur 18 tahun

Layari www.miim.com.my

Anda memiliki kenderaan yang sah dan berdaftar?

Apa akan berlaku kepada kenderaan tersebut selepas kematian anda?

Apa prosedur yang perlu dilalui?

Jom baca maklumat ringkas ini.
=============================

Kenderaan motor milik pemilik berdaftar yang sudah meninggal dunia.

Senarai borang yang diperlukan untuk proses pertukaran hak milik dari pemilik yang meninggal dunia.
- Dua salinan borang Senarai Semak TM-3 (Pind.1/2009)Borang TM-3
- Dua salinan borang JPJK3A yang telah diisi dengan lengkap dan ditandatangani oleh pemilik baru (penerima pusaka)
- Borang JPJ K3A Perakuan Pendaftaran Kenderaan asal (JPJK2) iaitu Geran Dokumen pengesahan pemilikan / pentadbir yang asal jika berkenaan atau salah satu daripadanya seperti berikut:

■ Laporan B5 Pemeriksaan Tukar Milik oleh PUSPAKOM yang masih berkuat kuasa / sah
■ Salinan perintah Mahkamah Tinggi yang disahkan oleh Mahkamah;atau
■ Salinan Surat Geran Probet yang disahkan oleh Mahkamah;atau
■ Salinan Surat Pentadbir Pusaka yang disahkan oleh Mahkamah;atau
■ Salinan Perintah Pembahagian / Perintah Pemberian Surat Kuasa Mentadbir di bawah Akta Harta Pusaka Kecil (Pembahagian) 1955 yang disahkan oleh Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian;atau
■ Salinan Perintah Faraid yang disahkan oleh Mahkamah Syariah
■ Akuan sumpah (dibuat oleh pewaris seperti dalam perintah faraid) berkenaan penolakan harta hendaklah disertakan bersama;
- akuan sumpah hendaklah dibuat dihadapan pesuruhajaya sumpah yang berkhidmat dengan kerajaan / Majistret / Hakim;
- Akuan sumpah ini hendaklah disertakan bersama apabila Perintah Faraid tidak menyatakan penama / pewaris kepada kenderaan motor milik si mati.
- Salinan Jadual Tiga oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah yang disahkan oleh Mahkamah Anak Negeri Sabah;atau
- Salinan Perintah dalam bentuk Form C yang disahkan oleh Pejabat Jabatan Tanah dan Ukur Negeri Sabah.

Pemohon dinasihatkan hadir sendiri ke cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk urusan pertukaran hak milik bagi melancarkan proses permohonan.
Sekiranya pemohon menghantar wakil untuk urusan tersebut ia memerlukan pengisian borang lain serta maklumat pengesahan identiti.

Layari www.miim.com.my

WASI di lantik untuk menjalankan amanah Simati dalam pengurusan dan pentadbiran harta pusaka. Hakikatnya ramai wasi yang kencundang dengan amanah yang dipertanggungjawabkan.

Layari www.miim.com.my

Tahukan anda, anak yatim itu perlu disantuni. Syariah amat menjaga hak-hak mereka dan banyak ditekankan didalam Al Quran dan hadis-hadis nabi SAW.

Didalam pewarisan juga tidak terlepas tumpuan kepada kebajikan dan hak-hak mereka. Faraid telah memperuntukkan bahagian kepada anak lelaki dan anak perempuan.

Jika kematian ayah dan anak-anak ini masih dibawah umur. Maka status mereka secara terus menjadi anak-anak yatim.

Bagaimana hak bahagian mereka?
Bagaimana pentadbiran harta untuk bahagian mereka?

Andai tersalah tadbir urus harta bahagian mereka. Maka sia-sialah ibadah yang kita laksanakan.

Layari www.miim.com.my

Ini adalah satu sifat. Ianya boleh menjadi satu sifat yang baik atau ia boleh menjadi sebaliknya. Bergantung kepada perspektif yang kita ingin lihat.

Bila bicara tentang pewarisan, sifat ini lebih cenderung menjadi satu sifat yang kurang baik. Refleksi kepada tindakan yang dibuat dalam situasi pewarisan ini menjerumuskan individu itu kepada kemungkaran.

Tidak menyerahkan hak waris, menyembunyikan waris dan melengahkan pembahagian antara situasi yang berlaku dalam masyarakat.

Perubahan sifat ini bukan disebabkan pergolakan hubungan sesama waris, tetapi kebanyakkan tercetus disebabkan rasa kerugian diatas harta yang PERCUMA atau ada pihak ketiga yang mempengaruhi dan berkemungkinan akibat tekanan ekonomi.

Walau apapun situasinya, hak tetap hak. Waris tetap waris. Adakah situasi ini pernah anda alami? Adakah sejarah mungkin berulang?

Layari www.miim.com.my